Luar NegaraSukan

United dijangka bayar pampasan lebih RM90 juta kepada Ten Hag

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan bakal menanggung kos pampasan besar susulan pemecatan pengurusnya, Erik ten Hag dengan anggaran jumlah mencecah 16 juta pound (RM90.5 juta), seperti yang dilaporkan The Athletic.

Menurut laporan itu, Ten Hag masih mempunyai baki kontrak selama 21 bulan dengan gaji tahunan sekitar 9 juta pound (RM50 juta). Bagaimanapun, butiran penuh pakej pemecatan belum didedahkan.

United sebelum itu turut membayar pampasan besar kepada pengurus terdahulu. Jose Mourinho, yang dipecat pada 2018, menerima 19.6 juta pound (RM110 juta), manakala Louis van Gaal dan pasukannya dibayar 8.4 juta pound (RM47.51 juta) selepas pemecatannya pada 2016, walaupun ketika itu beliau baru sahaja memenangi Piala FA.

Pemecatan Ten Hag diumumkan selepas kekalahan 1-2 United kepada West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin lalu.

Sejak dilantik pada April 2022, Ten Hag berjaya membantu United meraih dua trofi domestik, iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

United turut mengucapkan penghargaan kepada Ten Hag atas sumbangannya dan berterima kasih atas segala jasa sepanjang beliau bersama kami dan mengharapkan yang terbaik untuknya di masa depan.

Sementara itu, bekas penyerang United, Ruud van Nistelrooy, yang bertindak sebagai pembantu Ten Hag akan mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara sehingga pengganti tetap diumumkan.

Show More

Related Articles

Back to top button