Berita SemasaPM X

Kerajaan sedang kaji takrifan T15 – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji takrifan golongan T15 setelah mendapati jumlah yang ditetapkan Jabatan Perangkaan bagi golongan itu ketika ini, iaitu kira-kira RM13,000 terlalu rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penakrifan semula itu sedang dibincangkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan jabatan berkaitan bagi menaikkan sedikit kuantum T15.

“Ada isu mengenai kedudukan T15, maka kita lepaskan tanggungjawab membayar (harga pasaran bagi petrol RON95) kepada B40, M40 dan bila dikaji, ada rangkaian daripada T20 ini di peringkat bawah.

“Itu mungkin pendapatannya agak sedikit rendah, maka dinaikkan. Ini bukan perkara baharu sebab dalam penyelarasan subsidi diesel digunakan prinsip yang sama,” kata Anwar ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petrol RON95 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 dan mekanisme yang akan digunakan berkaitan pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 bagi pemegang saham individu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button