Berita Semasa

Permainan Digital Tempatan, Status LRT3 jadi fokus persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan permainan digital tempatan dan perkembangan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjadi antara tumpuan pada sesi Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengemukakan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital mengenai permainan digital tempatan yang menerima dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak 2014. Beliau turut meminta maklumat mengenai jumlah dana bagi setiap permainan serta hasil jualan yang diperoleh.

Dalam sesi sama, Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) meminta penjelasan daripada Menteri Pengangkutan berhubung status lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini. Beliau ingin mengetahui unjuran tarikh operasi semula stesen tersebut serta anggaran kos tambahan berbanding kos asal.

Selain itu, Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) bertanya kepada Menteri Kewangan mengenai kemungkinan membenarkan pencarum terpilih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka untuk menunaikan haji sebelum mencapai umur persaraan.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan meneruskan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2025) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 18 Oktober lalu. Setakat minggu lepas, seramai 75 Ahli Parlimen dari pelbagai parti mengambil bahagian, membincangkan isu-isu seperti pelaksanaan gaji minimum dan subsidi bersasar.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari, bermula 14 Oktober hingga 12 Disember depan, bagi membincangkan isu-isu penting demi kepentingan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button