Berita SemasaDalam Negeri

Nama saya bukan Siti Hasmah, itu hanya gelaran – Dr Hasmah Mohamad Ali

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru mendedahkan perkataan ‘Siti’ bukanlah nama sebenar beliau meskipun sejak sekian lama dikenali dengan nama Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pendedahan itu dibuat beliau dalam satu temubual podcast “Coffee With Ryan” yang disiarkan oleh Instagram Pusat Perubatan Prince Court, semalam.

Dr. Hasmah menjelaskan perkara itu kepada Dr. Ryan Ponnudurai yang menjadi hos rancangan berkaitan rahsia kesihatan beliau dan Dr. Mahathir.

“Satu perkara yang ingin saya perbetukan ialah saya bukan Siti. Saya tidak dilahirkan sebagai Siti Hasmah tapi hanya Hasmah.

“Seseorang memberikan gelaran itu semasa saya berpindah dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

“Mungkin sebab ada Siti Nurhaliza, Siti itu dan ini. Jadi mereka letak Siti di depan nama saya. Saya bukan Siti. Saya hanya Dr Hasmah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa sahaja yang bercakap mengenai dirinya tidak menggunakan perkataan Siti pada pangkal namanya.

Dr. Hasmah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 mendirikan rumahtangga dengan Dr. Mahathir pada tahun 1956 dan dikurniakan tujuh anak.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditanya rahsia kesihatan dan umur yang panjang menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan penyakit kencing manis yang boleh membawa pelbagai komplikasi lain.

“Jika tidak kerana kancer, orang kita ada masalah jantung tapi ini boleh dirawat sekarang seperti saya sendiri.

“Pesanan ibu saya apabila makanan terlalu sedap berhenti makan. Itu memang sesuatu yang sukar dilakukan tapi ia dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan.

“Ia menyebabkan kegemukan dan gemuk semestinya tidak sihat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button