Sukan

Manchester United pecat Erik ten Hag

MANCHESTER – Pasukan Manchester United yang kini bergelut di tangga bawah liga memecat pengurusnya, Erik ten Hag berkuat kuasa hari ini.

Menurusi satu kenyataan, United mengumumkan Ruud van Nistelrooy akan mengambil tugas selaku jurulatih sementara kelab.

“Nistelrooy akan mengambil alih pasukan sebagai ketua jurulatih sementara, disokong oleh pasukan kejurulatihan semasa, manakala ketua jurulatih tetap diambil,” katanya.

Dalam pada itu, United turut merakamkan penghargaan terhadap Ten Hag.

Ten Hag dilantik dilantik pada April 2022 dan membawa kelab itu memenangi dua trofi domestik, memenangi Piala Carabao pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button