Berita SemasaDalam Negeri

Isu pesalah undang-undang guna alasan kesihatan mental perlukan kajian

KUALA LUMPUR – Satu kajian perlu dilakukan bagi menangani isu pelaku jenayah menggunakan alasan kesihatan mental untuk melepaskan diri dari tindakan undang-undang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menegaskan perkara itu berkata, isu ini perlu dipandang serius dan penelitian perlu dilakukan dari setiap sisi.

“Semua itu memerlukan satu penilaian yang lebih cermat dan kita akan buat perbincangan dalam mesyuarat pasca kabinet dan akan merujuk kepada penasihat undang-undang kami.

“Masih terlalu awal untuk sebarang tindakan lanjut tapi kes ini adalah serius dan kami akan melihat semua sisi, termasuklah keperluan untuk meminda undang-undang atau sebagainya,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan untuk berangkat merasmikan Persidangan Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button