Berita Semasa

3 lelaki, 2 wanita maut kemalangan babitkan kereta dan lori

GUA MUSANG – Lima maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer KM 86 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, hari ini.

Menurut Harian Metro, mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20.

Turut maut, pemandu lori Nissan, G Mageswara, 53.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 11.57 pagi.

“Lima mangsa terbabit iaitu seorang lelaki India, masing-masing dua wanita dan lelaki Melayu maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

“Operasi menyelamat bermula jam 1.25 tengah hari dan kami terpaksa memohon bantuan daripada BBP Cameron Highlands.

“Kesemua mangsa dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan sudah meninggal,” katanya hari ini.

Nor Azizi Che Noh berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 3.55 petang.

Katanya, operasi membabitkan 18 anggota dan tujuh jentera daripada BBP Gua Musang dan Cameron Highlands.

Show More

Related Articles

Back to top button