Berita Semasa

Sekatan pembelian rumah bagi tujuan pelaburan boleh jatuhkan pasaran hartanah – Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tidak bersetuju dengan pandangan supaya kerajaan mengenakan had bagi pembelian rumah bagi tujuan pelaburan.

Beliau berkata, pelaburan hartanah merupakan satu kaedah yang terbukti berjaya melindungi kenaikan inflasi, di samping mengekalkan kekayaan individu.

Tambahnya, sekatan jika dilaksanakan kerajaan boleh membawa kesan yang lebih buruk, seperti kejatuhan pasaran hartanah yang akan turut memberi kesan kepada kira-kira 200 sektor yang bergantung kepada pasaran tersebut seperti bidang kontraktor, paip, perbankan, dan perkhidmatan guaman.

“Jika sektor hartanah runtuh, akibatnya untuk negara kita boleh menjadi sangat buruk,” katanya dalam sesi libat urus bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib, pengurusan tertinggi kementerian, dan kira-kira 35 wakil media.

Kor Ming kemudiannya berkata, keutamaan kerajaan masakini adalah untuk memastikan tiada gelembung dalam pasaran hartanah dan keadaan hartanah semasa kekal stabil.

Sebelum ini, bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mencadangkan dalam podcast Keluar Sekejap bahawa had pembelian hartanah boleh mengurangkan krisis perumahan mampu milik dengan menangani lebihan rumah mewah yang tidak terjual yang meningkatkan harga.

Sementara itu, majlis hari ini turut dihadiri kira-kira 35 wakil media bersama pengurusan tertinggi kementerian.

Show More

Related Articles

Back to top button