Berita SemasaSukan

Nidzam Jamil bangga Selangor raih tiga mata, benam Jeonbuk

PETALING JAYA – Pengendali Selangor FC (SFC), Nidzam Jamil menzahirkan rasa bangga terhadap aksi yang ditampilkan anak buahnya selepas berjaya membenam Jeonbuk Hyundai Motors 2-1 malam semalam.

Kemenangan Selangor FC itu sekali gus menyaksikan Skuad Gergasi Merah menjadi peneraju kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Kejayaan ini juga cukup manis buat Selangor memandangkan Jeonbuk Hyundai Motors pernah bergelar juara K-League 1 sebanyak sembilan kali.

Menurut Nidzam, beliau melihat kejayaan ini mampu membina keyakinan buat penyokong dan Selangor untuk terus menyerlah di pentas Asia.

“Jeonbuk memberi tentangan yang bagus tapi sekali lagi, saya bangga dengan para pemain kita. Sangat bangga dengan pemain-pemain kita kerana bukan mudah nak bermain dengan Jeonbuk.

“Dan saya fikir tiga mata malam ini amat penting untuk membina keyakinan semua penyokong. Membina keyakinan pemain sendiri tapi sekali lagi, ini bola sepak.

“Hari macam ini kadang-kadang tidak ada tapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan soalan ini,” katanya selepas perlawanan.

Selangor kini mengalihkan fokus kepada aksi Liga Super yang bakal melayan kunjungan JDT di Stadium MBPJ pada 27 Oktober ini.

Skuad Merah Kuning akan menghadapi aksi Kumpulan H seterusnya pada 7 November ini.

Show More

Related Articles

Back to top button