Jenayah & Mahkamah

Doktor, anak cedera parah dirempuh SUV dipandu pelajar

KLUANG – Seorang doktor dan anak lelakinya cedera parah selepas Perodua Bezza dinaiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang pelajar berusia 18 tahun, di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian di sini semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 4.10 petang itu mangsa, warga Indonesia, Agung Nugroho Darmawan, 40 dan anaknya Said Hassan berusia empat tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang memandu Perodua Bezza parah di kepala, patah tulang rusuk dan bahagian dalaman badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)

“Sementara, anaknya yang parah di kepala dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Pemandu SUV yang juga seorang pelajar sekolah menengah memiliki lesen memandu sah tidak mengalami kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati SUV dari Bandar Kluang menghala ke Taman Seri Impian.

“Semasa sampai di tempat kejadian, SUV memasuki bulatan dan tiba-tiba Perodua Bezza keluar dari simpang sebelah kiri dan dilanggar oleh SUV,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, video dari papan pemuka kereta yang merakam detik sebelum dan semasa kejadian tular di media sosial hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.

Show More

Related Articles

Back to top button