Berita SemasaDalam Negeri

DBKL roboh gerai haram di Taman Batu Muda

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini melaksanakan Operasi Bersepadu meroboh struktur tanpa kelulusan yang dibina di atas rezab jalan awam di sekitar Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebuah struktur binaan telah dirobohkan selepas Notis Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order) gagal dipatuhi oleh pemilik.

Operasi dilakukan melibatkan Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Pejabat Cawangan Batu serta Polis Diraja Malaysia.

“Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut. https://adukl.dbkl.gov.my/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button