Berita Semasa

Sonic boom: Tiada penerbangan pesawat pejuang di Ipoh semalam – TUDM

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan bahawa tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan di sekitar Ipoh semalam.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan,
ketika kejadian tiada pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.

“Pihak TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam terdapat pihak yang mengaitkan kejadian bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di Ipoh lebih kurang jam 11.06 pagi semalam berkemungkinan berpunca daripada dentuman sonic boom oleh pesawat pejuang.

Show More

Related Articles

Back to top button