
‘Siapa saja yang masuk golongan miskin tegar, asalkan warganegara ia wajib dibantu tanpa diskriminasi’ – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menoktahkan miskin tegar dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menegaskan perkara itu berkata, warganegara Malaysia yang tergolong dalam kategori miskin tegar, wajib dibantu tanpa diskriminasi.
“Sebagai contoh, bila kita selesaikan miskin tegar di Kuala Lumpur, kita tidak ikut kaum… maknanya semua masyarakat miskin tegar (membabitkan) Melayu, jumlah kecil masyarakat Cina, tapi besar (jumlahnya) dalam masyarakat India. Itu diselesaikan.
“Tidak benar dikatakan hanya untuk Melayu tapi tentunya majoriti ialah masyarakat Melayu. Saya harap penjelasan ini jelas dan jika ada kenyataan sebaliknya, maklum pada saya kerana ia bertentangan dengan dasar kita.
“Siapa saja yang masuk golongan miskin tegar, asalkan warganegara ia wajib dibantu tanpa diskriminasi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan S Kesavan (PN-Sungai Siput) yang meminta Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan semua kaum kerana walaupun majoriti paling miskin adalah daripada kaum Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan yang miskin adalah daripada kaum India.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |