Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Suspek bunuh rakan perniagaan tidak mengaku bersalah

KUALA TERENGGANU – Wanita yang merupakan tertuduh dalam kes pembunuhan rakan seperniagaan di Kuala Berang pada November tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Nooraini Ramli, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas pertuduhan dibacakan.

Nooraini dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas rakan kongsinya, Nor Zihan Abd Karim, 65, pada 1 November tahun lalu di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23 Kuala Berang, Hulu Terengganu antara pukul 3.20 pagi hingga 4 pagi.

Kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Buletin TV3.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris, manakala tertuduh diwakili peguam, Che Mohd Azmi Che Hamat.

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas mati dibunuh dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan disyaki menggunakan pisau pemotong daging.

Kejadian itu dikatakan bermula dengan pertengkaran di dalam kereta antara mangsa dan suspek berpunca tidak puas hati agihan keuntungan perniagaan mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button