Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Polis kesan individu menyamar sebagai Timbalan Ketua Polis di WhatsApp

KUALA LUMPUR – Polis mengesan individu yang menyamar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dikesan di kumpulan sembang WhatsApp.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, kewujudan individu yang mengaku sebagai ‘Datuk Ayob Khan Mydin’ itu dikesan di dalam kumpulan yang dinamakan ‘Friendship Group’

“PDRM ingin menegaskan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang kumpulan sembang khas di aplikasi WhatsApp.

“Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya akan bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor dan individu berkaitan yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain, berdasarkan lunas undang-undang.

Beliau juga menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan dalam talian.

Show More

Related Articles

Back to top button