Berita SemasaPM X

Isma Aliff terima sumbangan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi era 1980-an Isma Aliff, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu Isma yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lalu.

“Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Terdahulu, Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan itu mewakili Perdana Menteri di kediaman Isma baru-baru ini.

Isma Alif, atau nama sebenar beliau Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Show More

Related Articles

Back to top button