Berita Semasa

Lebih 200 pelajar B40 sertai seminar SPM

KUALA LUMPUR – Seramai 220 orang pelajar menyertai seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan penting itu.

Presiden Persatuan Sosial i-Tenaga (SiTA), G. Siva Dass berkata, fokus utama seminar itu tertumpu kepada empat subjek utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan sejarah.

“Ini merupakan seminar SPM kelapan dianjurkan oleh SiTA bagi golongan B40 yang tinggal di sekitar Lembah Kelang.

“Keahlian SiTA adalah terdiri daripada pekerja-pekerja TNB berbangsa India dan fokus utama SiTA adalah kepada pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Lebih 200 pelajar B40 menyertai seminar SPM anjuran SiTA di UNITEN hari ini.

Beliau berkata, seminar itu menampilkan pakar tenaga pengajar bagi setiap mata pelajaran terpilih dengan kerjasama UNITEN dan UNITEN Research.

Katanya, peserta terlibat diberikan panduan dan bimbingan khusus mengenai subjek yang diajar.

Selain seminar persediaan peperiksaan SPM, katanya, pendedahan dan panduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institut pengajian tinggi (IPT) juga di sediakan oleh UNITEN, sebagai salah satu platform untuk mencerdikkan anak bangsa Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button