Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes pukul pekerja binaan, Tengku Hassanal gesa siasatan dilakukan secara telus

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekali lagi bertitah supaya siasatan terhadap pekerja pembinaan yang didakwa diserang sekumpulan lelaki termasuk anggota kerabat diraja negeri itu dilakukan secara telus.

Baginda bertitah, siasatan penuh secara adil perlu dilakukan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak supaya keadilan dapat ditegakkan.

Dalam perkongsian terbaharu, Tengku Hassanal menegaskan bahawa keadilan bukan sahaja perlu perlu dilakukan, tetapi ia juga mesti dilihat terlaksana.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

“Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terbabit dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titah baginda dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Tengku Hassanal dalam hantarna di media sosialnya mahu mangsa, Alias Awang diberi pembelaan sewajarnya selepas mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan senjata tajam.

Serangan tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan pertikaian tanah di Rompin.

“Dia rakyat beta, berikan keadilan kepadanya sekarang,” titah baginda dalam InstaStory semalam.

 

Show More

Related Articles

Back to top button