Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Jurutera rugi RM1.9 juta terpedaya pelaburan saham palsu

JOHOR BAHRU – Seorang jurutera berusia 64 tahun mengalami kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lelaki warga Singapura itu membuat laporan polis kelmarin, setelah menyedari dirinya ditipu oleh sindiket pelaburan saham palsu yang ditemuinya melalui iklan di Facebook pada Disember 2023.

“Ketika berada di Singapura tahun lalu, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook dan menekan pautan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanta dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan, di mana dia diberi penerangan mengenai kaedah pelaburan.

Kumar berkata, modus operandi sindiket adalah meminta mangsa untuk menyediakan modal pelaburan, manakala semua urusan lain akan diuruskan oleh pihak syarikat tersebut.

“Mangsa dijanjikan pulangan antara lima hingga 12 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat,” katanya lagi.

Terpengaruh dengan janji keuntungan lumayan, mangsa memindahkan wang berjumlah RM1.948 juta secara dalam talian ke akaun bank di Malaysia.

Namun, selepas gagal mengeluarkan ‘keuntungan’ seperti yang dijanjikan dan diminta untuk membuat bayaran tambahan, barulah mangsa menyedari dirinya ditipu.

“Suspek yang mengendalikan urusan pelaburan itu juga gagal dihubungi selepas itu,” katanya lagi.

Kumar turut berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan menerima harta curi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button