Berita Semasa

RM200 juta diperuntuk kepada Jabatan Audit Negara untuk pertingkatkan pengauditan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada Jabatan Audit Negara, meningkat berbanding peruntukan sebelumnya yang berjumlah RM173 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan tersebut adalah selaras dengan tanggungjawab jabatan itu yang kini diperluaskan bagi melaksanakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan serta jaminan kerajaan.

“Peningkatan itu penting bagi memastikan proses pengauditan dijalankan dengan lebih menyeluruh dan telus, khususnya terhadap entiti yang terlibat dengan dana awam,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan laporan audit yang disediakan oleh Ketua Audit Negara, memandangkan Akta Audit telah dipinda untuk memperluas kuasa Ketua Audit Negara.

“‘Follow The Public Money Audit’ atau Laporan Ketua Audit Negara perlu diikuti dengan teliti. Akta itu kini membolehkan Ketua Audit Negara menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam, termasuk syarikat yang mendapat jaminan kerajaan,” tambah beliau.

Langkah itu dijangka akan meningkatkan akauntabiliti serta ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan dan entiti berkaitan.

Show More

Related Articles

Back to top button