Berita SemasaLuar Negara

Israel dakwa bunuh Yahya Sinwar dalam serangan di Gaza

BAITULMAQDIS – Tentera Israel mendakwa berjaya membunuh pemimpin tertinggi Hamas, Yahya Sinwar dalam serangan yang membunuh tiga individu di Selatan Gaza, kelmarin.

Pasukan rejim Zionis dalam kenyataan mengesahkan kematian Yahya selepas pemburuan selama lebih setahun namun identiti mayat mangsa tidak dapat disahkan.

“Berpuluh-puluh operasi yang dijalankan oleh IDF (Angkatan Pertahanan Israel) dan ISA (agensi keselamatan dalaman Shin Bet) sepanjang tahun lepas.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pergerakan operasi berjaya mengesan Yahya Sinwar yang membawa kepada pembunuhannya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dibuat oleh pihak Hamas setakat ini berhubung dakwaan Israel itu.

Sementara itu, laporan daripada portal Al-Majd menyeru rakyat Palestin supaya tidak percaya sepenuhnya kepada dakwaan Zionis yang bertujuan mematahkan semangat pejuang Hamas.

Yahya Sinwar dilantik menggantikan bekas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam letupan bangunan di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button