Berita SemasaLuar Negara

Bekas ahli One Direction ditemui maut, jatuh dari tingkat tiga hotel

BUENOS AIRES – Bekas penyanyi One Direction, Liam Payne, 31, ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel, di sini, semalam, kata pegawai tempatan kepada media Argentina.

Ketua perubatan kecemasan negeri, Alberto Crescenti, berkata, Payne jatuh ke halaman Hotel Casa Sur yang terletak di ibu negara Argentina.

Crescenti walau bagaimanapun, enggan menjawab soalan lanjut mengenai kejadian itu, termasuk sama ada Payne melompat dari balkoni atau terjatuh secara tidak sengaja.

Tambah Crescenti, pihak berkuasa sedang menyiasat keadaan kematiannya dan menjalankan bedah siasat.

Media Argentina melaporkan bahawa Payne berada di Buenos Aires untuk menghadiri konsert bekas rakan band One Directionnya Niall Horan.

Show More

Related Articles

Back to top button