Berita Semasa

Malaysia rakam penghargaan, Jerman pilih Malaysia sebagai port of call

KUALA LUMPUR – Malaysia merakamkan penghargaan kepada Jerman yang memilih Malaysia sebagai “port of call” untuk kapal frigat, Baden-Württemberg dan kapal sokongan tempur, Frankfurt am Main milik Tentera Laut Jerman.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang itu diharap dapat digunakan oleh tentera laut Malaysia dan Jerman untuk mengeratkan hubungan antara keduanya.

“Namun, saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Dalam ucapan, saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai “stopover” dalam German Air Force’s 2024 Asia-Pacific Tour,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berada di Pelabuhan Klang lewat petang tadi sempena “port of call” kapal frigat, Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, Frankfurt am Main milik Tentera Laut Jerman.

Dalam pada itu katanya, kedua-dua negara mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi.

“Semoga ia dapat terus diperkukuhkan, termasuklah melalui penglibatan lebih banyak syarikat Jerman semasa LIMA dan inisiatif “Enable and Enhance (E&E)” pada tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu beliau berada di Pelabuhan Klang lewat petang tadi sempena “port of call” kapal frigat, Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, Frankfurt am Main milik Tentera Laut Jerman.

Kapal frigat, Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, Frankfurt am Main milik Tentera Laut Jerman berlabuh di Pelabuhan Klang selama 3 hari bermula hari ini.

Kedua-dua buah kapal tersebut berada di Malaysia bermula hari ini hingga 18 Oktober ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain.

Kapal dari Jerman itu memilih Malaysia sebagai port of call atau singgah sementara di pelabuhan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

Sebelum ini kapal dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia dan dua kapal tentera dari China bersama pelajar Naval University of China berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang.

Show More

Related Articles

Back to top button