Berita SemasaPM X

Kerajaan beri jaminan beri perhatian kepada masyarakat orang asli

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang Asli, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat dari wakil-wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu menyentuh mengenai isu sosioekonomi Masyarakat Orang Asli serta usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan.

“Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi Masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau, semalam.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri wakil dari Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad serta Jaringan Orang Asli Semalaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button