Berita Semasa

Fahmi rakam ucapan takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tazkiah di atas pemergian editor video Astro AWANI, Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar Nordin, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Maju Ekspres (MEX), awal pagi tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi kehilangan Allahyarham.

“Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar Nordin (Editor Video Astro Awani) yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pagi tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.

“Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dan sabar berdepan dengan kehilangan ini. Al-Fatihah,” tulis Fahmi dalam satu kenyataan di Instagram milik beliau .

Ahmad Hafiz Azhar, 36, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) jam 7.09 pagi tadi.

Ketika kejadian, Allahyarham sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

Menurut laporan perubatan hasil bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), punca kematian Ahmad Hafiz Azhar adalah akibat kecederaan di kepala dan dada ekoran kemalangan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button