Berita SemasaPolitik

3,000 dijangka hadir Konvensyen PKR Perak

IPOH – Seramai 3,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Negeri Perak yang akan diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, pada 27 Oktober ini.

Konvensyen yang akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang itu bakal disertai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR dan barisan kepimpinan pusat dan negeri.

Menurut kenyataan Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak, konvensyen itu bertujuan memperkukuh serta meremajakan parti, selain menjadi platform mencambahkan idea dan mendengar suara dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya di Perak.

Dengan tema konvensyen “Memaknai Reformasi Menjulang Madani”, konvensyen itu dijangka mengangkat aspirasi anggota parti dalam usaha memperkasakan agenda reformasi yang dibawa sejak sekian lama.

Semua pimpinan dan anggota PKR Perak dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button