Berita SemasaDalam Negeri

Ironman Langkawi : Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan selepas terlanggar pokok tumbang semasa menyertai Ironman Langkawi di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beliau terlanggar sebahagian daripada dahan pokok yang patah dan jatuh di atas jalan semasa melalui cabaran berbasikal.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilaporkan berjaya meneruskan semula perlumbaan dan dijangka menamatkan acara kira-kira pukul 9 malam ini.

Penyertaan Syed Saddiq dalam acara itu adalah kali yang pertama.

Sebelum ini beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila diumumkan pemenang podium dalam 113 Triahtlon Desaru dan kemudian dibatalkan atau Did Not Finish (DNF).

Ironman Langkawi merupakan acara tahunan yang mengetengahkan tiga disiplin sukan iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal sejauh 180 km dan berlari sejauh 42.2 km.

Show More

Related Articles

Back to top button