Berita SemasaDalam Negeri

Timbalan Menteri Kewangan selesai jalani pembedahan, cuti sakit 9 hari

PUTRAJAYA -Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dilaporkan sedang dalam cuti sakit selama sembilan hari sehingga 16 Oktober ini selepas menjalani pembedahan pada 4 Oktober lalu.

Berita itu dimaklumkan oleh Pejabat Timbalan Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Hui Ying dinasihatkan menjalani pemulihan di kediamannya sehingga kembali sihat.

“Pembedahan berjaya dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan hospital kerajaan. Timbalan Menteri Kewangan dimaklumkan akan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

“Walaupun diberikan cuti sakit rasmi sehingga awal November, Timbalan Menteri Kewangan tetap komited untuk kembali bertugas pada 17 Oktober 2024.

“Ini bertepatan dengan bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 serta sesi pembentangan Belanjawan 2025,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu juga memaklumkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong itu akan beroperasi seperti biasa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button