Berita SemasaLuar Negara

Tentera Malaysia diarah berlindung dalam kubu susulan serangan Israel di Lubnan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di Lubnan telah diarahkan untuk berlindung di dalam kubu susulan provokasi yang dilakukan oleh tentera Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, pasukan MALBATT itu turut diarahkan agar tidak menjalankan operasi rondaan atau pergerakan logistik atas faktor keselamatan mereka.

Walau bagaimanapun, Khaled berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa keselamatan pegawai dan anggota pasukan yang sedang bertugas dalam misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) itu akan sentiasa diberi keutamaan.

“Mereka sentiasa ada dalam bunker (kubu). Satu jangka masa berada di dalam bunker sekitar 12-13 jam. Tiada activity tetapi UNIFIL masih belum buat keputusan sama ada untuk (MALBATT) dipindahkan,” katanya.

Khaled (kiri) dalam satu sidang media selepas Majlis Peluncuran Inisiatif Perajurit Broadband di Wisma Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Peluncuran Inisiatif Perajurit Broadband di Wisma Kementerian Pertahanan di ibu negara hari ini.

Mengulas mengenai keputusan membawa pulang pasukan negara itu, Khaled berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama dengan UNIFIL l

Tambah Khaled, kementeriannya kini sedang memantau rapat dari masa ke masa perkembangan di Lubnan ekoran provokasi yang dilakukan IDF semakin tegang.

“Dalam sehari, tiga hingga empat kali dapat laporan. Kita sedang teliti, memang kita tidak nafikan pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland berdekatan sempadan Lubnan.

“Pasukan kita atas sikit, jadi kita tunggu keputusan bersama,” katanya lagi.

Terdahulu, dua anggota pengaman Indonesia yang bernaung di bawah UNIFIL cedera dalam serangan Israel di Lubnan.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi yang menyatakan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura pagi Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button