Berita Semasa

Lelaki OKU hilang tiga hari ditemui selamat

KUALA KRAI – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan hutan di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Pas, dekat Lata Pungil, Selasa lalu, ditemui selamat, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, mangsa, Azhar Abdul Rashid, 50, ditemui di ladang sawit Bukit Chengal oleh penduduk pada 8.14 malam.

Katanya, ketika ditemui, mangsa sedang berjalan dalam keadaan lesu dan kelaparan disebabkan dua hari tidak makan, serta tidak berpakaian.

“Mangsa yang tidak mengalami kecederaan diberikan pakaian dan juga makanan oleh penduduk sebelum menunggu pasukan penyelamat datang mengambilnya.

“Selepas itu, kami menyerahkannya kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri hilang semasa keluar memetik buah dokong bersama rakannya di Sungai Pas, sejak tiga hari lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button