Berita Semasa

Kuwait beri maklum balas positif perolehan pesawat Hornet

KUWAIT – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah di Kementerian Pertahanan Kuwait di sini hari ini.

Menurutnya, dalam pertemuan itu beliau menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh dan mempertingkat kerjasama pertahanan antara dua negara.

Katanya, komitmen itu akan dizahirkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang kini berada di peringkat akhir.

“Hubungan sedia ada antara kedua buah negara akan terus ditingkatkan, meliputi latihan dan pertukaran pegawai tentera, perkongsian maklumat serta penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pendirian tegas Malaysia mengenai situasi di Gaza dan Selatan Lubnan, yang mana ketegangan perlu dihentikan dan bantuan kemanusian perlu segera disalurkan.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat tempur jenis F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait dan telah menerima maklum balas positif daripada beliau mengenainya.

“Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi memulakan perbincangan serta rundingan bagi tujuan perolehan pesawat tempur jenis Legacy Hornet berkenaan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button