Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Jual alas kaki berimej Kaabah, masjid, polis tahan pemilik kedai

GEORGE TOWN – Polis negeri ini menerima laporan daripada seorang lelaki mengenai penjualan alas kaki yang memaparkan imej masjid dan Kaabah di Pasar Lebuh Cecil di sini.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwai Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan itu semalam apabila pengadu membeli sendiri alas kaki berkenaan untuk tujuan laporan.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan yang berusia 26 dan 41 tahun yang merupakan pekerja dan pemilik kedai berkenaan,”’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button