Jenayah & Mahkamah

Tiada tolak ansur, pihak terbabit larian tidak senonoh telah ditahan – Pemangku Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terlibat dalam program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru Kota Tinggi.

Titah baginda, negeri ini tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular melibatkan program itu.

“Action has been taken and the culprits have been arrested. Zero tolerance in Johor,” tulis baginda dalam aplikasi X HRH Crown Prince of Johor, pada Ahad.

Semalam, media melaporkan kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu tular mengenai pelancong berpakaian songsang dan tidak senonoh dalam satu program larian di Kota Tinggi.

Dalam foto dan video tersebut memaparkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.

Menerusi foto tersebut, terdapat peserta yang mengenakan pakaian seperti penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Polis seterusnya menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button