Berita Semasa

Pulangkan semula beg hilang: Kejujuran 2 pekerja MBPP dapat penghargaan

GEORGE TOWN – Sikap terpuji dua kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memulangkan semula beg yang dijumpai perlu dijadikan contoh terbaik bagi seluruh kakitangan bandaran di seluruh negara.

Menteri Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, sikap Osman Ibrahim dan Jaipany Kuthubutheen amat dihargai dan kejujuran yang ada pada mereka berdua harus diberikan perghormatan betapa pentingnya intergriti dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas tanpa meletakkan kepentingan diri semata-mata.

Kor Ming berkata, beliau secara peribadi menyampaikan sumbangan RM1,000 setiap seorang sebagai tanda perhargaan dan perhormatan serta pengiktirafan itu.

Katanya, dalam meningkatkan kualiti hidup kedua-dua mereka yang bertugas sebagai kakitangan pembersihan di Halaman Mayang dan Persiaran Mayang Pasir, Bayan Baru telah membuktikan semangat kejujuran dan keikhlasan serta didikasi mereka dalam menjalankan tugas.

“Tanpa berselindung, perhargaan diberikan kepada mereka oleh saya sendiri tanpa melibatkan apa-apa peruntukan kerajaan biarpun tidak seberapa namun ia patut dicontohi dan dijadikan teladan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Perasmian Malaysia Urban Forum (MUF) 2024 Edisi keenam di Padang Kota Lama, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, Osman dan Jaipany yang bertugas di kawasan itu telah menjumpai beg apabila seorang wanita yang dipercayai terjatuh ketika menutup pintu kereta tidak menyedari beg telah terjatuh di atas jalan.

Wanita itu mulai sedar kehilangan beg ketika berada berada di persimpangan lampu isyarat lalu membuat pusingan untuk kembali semula ke kawasan berkenaan tetapi tidak menjumpai begnya semula sebelum didatangi dua kakitangan MBPP dan bertanyakan pada dirinya sama ada ada kehilangan beg.

Beg wanita yang mempunyai dokumen penting, kad bank dan wang tunai RM200 itu kemudian diserahkan kembali kepada wanita berkenaan biarpun beranggapan begnya tidak dijumpai dan hilang.

Show More

Related Articles

Back to top button