
PM bertemu tokoh-tokoh industri Pakistan
ISLAMABAD – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh industri dari Pakistan sempena kunjungan rasmi beliau selama tiga hari ke negara itu.
Anwar berkata, pertemuan melalui Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan itu meneroka keakraban hubungan kedua-dua negara bagi meneliti potensi kerjasama baharu dalam industri halal dan beras.
“Sebanyak 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan Pakistan dan Malaysia telah menyertai sesi meja bulat ini.
“Sekalung penghargaan dizahirkan di atas komitmen berterusan semua pihak yang telah menjayakannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Anwar tiba di Pakistan semalam mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif.
Pertemuan membincangkan agenda komprehensif untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, kesalinghubungan, tenaga, pertanian, industri halal, pelancongan, pertukaran budaya dan hubungan antara rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |