Sukan

2 pemain skuad B-19 antara yang dipanggil sertai Harimau Malaya bertemu New Zealand

KUALA LUMPUR – Dua pemain muda skuad B-19 kebangsaan yang baru kembali daripada Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Tajikistan antara yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan Harimau Malaya untuk menghadapi New Zealand 14 Oktober ini.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 bulan lalu.

“Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 kembali dipanggil kali ini bersama-sama tiga muka baharu iaitu penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin Kamaruddin serta pemain muda daripada skuad B-19 kebangsaan yang baru kembali daripada Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Tajikistan iaitu penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23),” katanya hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan menyertai latihan pusat bermula Ahad ini bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober ini.

Pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad tersebut ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Muhamad Feroz Baharudin, La’vere Lawrence Corbin-ong, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Turut dipanggil, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Safwan Mazlan dan Muhammad Azam Azmi Murad daripada Terengganu FC.

Pemain Sabah FC yang terpilih ialah Dominic Tan, Daniel Sang Ting, Darren Lok dan Stuart John Wilkin.

Turut tersenarai ialah Nooa Hamzah Laine, Harith Haiqal Adam Afkar dan Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin daripada Selangor FC.

Selain pemain KL City (Muhammad Azri Ab Ghani, Paulo Josue dan Muhammad Haqimi Azim Rosli), Penang FC (Mohamed Syamer Kutty Abba dan Muhammad Adib Abdul Ra’op), Kedah FC (Syafiq Ahmad), Buriram United (Dion-johan Cools) dan Ho Chi Minh City FC (Endrick Dos Santos).

Sementara 11 pemain pula diletak dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai awal.

Mereka ialah Zhafri Yahya, Brendan Gan, Declan Lambert, Shahrul Mohd Saad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Sharul Nazeem Zulpakar, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Haziq Nadzli Dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili.

Selain, Sergio Fabian Ezequiel Aguero Dan Fergus Tierney.

Show More

Related Articles

Back to top button