Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Warga Co-opbank tanam 300 anak pokok bakau

KUALA LANGAT – Seramai 60 orang warga Co-opbank Pertama (CBP) turut serta dalam program penanaman 300 anak pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin berkata, program yang dianjurkan buat julung kali itu
adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) CBP menerusi CBProaktif yang menyasarkan program melibatkan alam sekitar.

Katanya, ia merupakan salah satu daripada empat teras CSR CBP iaitu CB-Prihatin, CB-Pendidik, CB-Preneur dan juga CB-Proaktif.

Mohd Faris berkata, menerusi empat teras CSR itu, CBP telah mengenal pasti kumpulan sasar meliputi kumpulan B40, pelajar, usahawan asnaf dan penganjuran aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.

”Penyertaan CBP di dalam program ini adalah untuk menggalakkan orang ramai dan juga syarikat-syarikat korporat untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Warga Co-opbank Pertama (CBP) yang terlibat dalam program penanaman anak pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Faris turut berkata, pemilihan aktiviti menanam pokok bakau itu dilihat mampu memberikan impak yang positif kepada ekosistem dan pemuliharaan alam semula jadi.

“Selain menjadi habitat dan ekologi hidupan marin, pokok bakau juga adalah aset penting sebagai benteng hakisan dan menjadi sumber eko-pelancongan yang bernilai,” katanya.

Program merupakan salah satu daripada empat teras CSR CBP iaitu CB-Prihatin, CB-Pendidik, CB-Preneur dan juga CB-Proaktif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button