Sukan

Steinbruckner tinggalkan Terengganu FC, Badrul Afzan ganti sementara

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC hari ini mengesahkan bahawa Ketua Jurulatih pasukan, Tomislav Steinbruckner, telah melepaskan jawatannya susulan satu persetujuan bersama yang dicapai hasil perbincangan antara kelab dan jurulatih itu.

Keputusan ini turut melibatkan dua lagi staf kejurulatihan, iaitu Penolong Jurulatih Ivica Vranješ dan Jurulatih Kecergasan, Hrvoje Bradasic.

Menurut kenyataan kelab, langkah itu diambil setelah menilai prestasi semasa pasukan dalam usaha memelihara hubungan antara pemain, penyokong, serta menjaga imej kelab.

Steinbruckner menyatakan persetujuannya untuk melepaskan jawatan dengan harapan kelab dapat terus maju dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.

“Saya bersetuju dengan keputusan ini kerana saya mahu melihat kelab ini terus berkembang dan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Tugas mengendalikan pasukan utama akan dipikul sementara oleh Penolong Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali dan bekas pemain kebangsaan, Hairudin Omar.

Penyokong berharap perubahan itu mampu membawa nafas baharu dalam kempen Terengganu FC untuk menghadapi baki musim ini.

Show More

Related Articles

Back to top button