Berita Semasa

Penghantar makanan maut langgar peti pembekal elektrik TNB

MELAKA – Seorang penghantar makanan ehailing maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh peti pembekal elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Ayer Keroh-Gapam, malam tadi.

Mangsa, Tan Tian Hau, 48, yang dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke arah Ayer Keroh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima oleh Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 9.13 malam.

Susulan itu katanya, sepasukan polis trafik dikerah ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut kemalangan.

“Hasil siasatan awal mempercayai mangsa hilang kawalan motosikalnya lalu melanggar Feeder Pillar milik TNB di bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan.

“Mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, motosikal terbabit akan dihantar menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button