
Mangsa banjir di Kedah meningkat, empat PPS baharu dibuka
ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan kepada 1,374 mangsa daripada 458 keluarga di 14 PPS yang aktif di empat daerah, setakat jam 8 pagi ini.
Jumlah tersebut meningkat berbanding 1,332 mangsa daripada 426 keluarga yang dilaporkan semalam di 10 PPS di tiga daerah iaitu Pokok Sena, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Malam tadi, empat pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Baling malam tadi selepas 62 keluarga merangkumi 134 mangsa
di daerah itu dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.
Menurut laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 698 mangsa daripada 222 keluarga di lima PPS di daerah itu.
Dalam pada itu, Kota Setar mencatat jumlah mangsa seramai 416 mangsa daripada 130 keluarga dan Kubang Pasu pula mencatatkan seramai 126 mangsa daripada 44 keluarga.
Sementara itu, empat sungai iaitu Sungai Padang Terap, Kepala Batas di Kubang Pasu, Sungai Ketil di Kuala Pegang daerah Baling dan dua sungai di daerah Kota Setar iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 7 pagi hari ini, lapor Laman web Public Infobanjir.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |