Berita SemasaPM X

PM beri bayangan subsidi pendidikan anak golongan kaya di sekolah kerajaan mungkin dihentikan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi bayangan mungkin akan menarik subsidi pendidikan bagi anak golongan kaya di sekolah bantuan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana subsidi kerajaan harus diagihkan secara adil termasuk dalam soal pendidikan di negara ini.

“Kadang-kadang sekolah terbaik, universiti berdasarkan merit itu bukan sahaja dipenuhi oleh (pelajar) cemerlang bukan Melayu tetapi orang Melayu yang paling kaya dan anehnya diberi subsidi.

“Bentuk ketirisan ini, termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan, harus dihentikan.

“Ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan (2025) bulan depan,” katanya.

@malaysiatribune

Kerajaan memberi bayangan mungkin akan menarik subsidi pendidikan bagi anak golongan kaya di sekolah bantuan kerajaan. #pmx #malaysiatribune #anwaribrahim #pendidikan

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 yang turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Tambah Perdana Menteri, anak golongan kaya yang mengambil jurusan seperti kejuruteraan dan perubatan sepatutnya membiayai penuh kos pengajian mereka tanpa subsidi.

“Kos di fakulti kejuruteraan dan perubatan yang tinggi itu semua menguntungkan golongan yang kaya dalam masyarakat.

“Sepatutnya, kalau anak orang kaya itu dihantar ke fakulti kejuruteraan, Melayu atau Cina atau Iban, dia kena bayarlah. Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan. Kalau tidak, subsidi seperti ini berterusan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button