
Menteri Pertahanan terima kunjungan wakil syarikat bina LMS dari Turkiye
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan daripada syarikat pertahanan Turkiye, Savunma Teknolojileri Muhendislik ve Ticaret A.S. (STM) yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Ozgur Guleruz.
Beliau berkata, Guleryuz berada di Malaysia untuk menandatangani kontrak pembelian tiga buah Kapal Misi Pesisir (LMS) kumpulan kedua oleh kerajaan Malaysia kepada STM.
“Pada Jun yang lalu, saya telah menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima pembelian tiga buah LMS kumpulan kedua oleh kerajaan Malaysia kepada STM, salah sebuah syarikat di bawah Secretariat of Defence Industries (SSB) dan kerajaan Turkiye.
“Tentera Laut Diraja Malaysia dijadualkan menerima kapal-kapal ini secara berperingkat, bermula pada 2027,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosialnya hari ini.

Dalam pada itu katanya, kesempatan itu juga digunakan untuk mengadakan pertemuan dan membincangkan tentang potensi kerjasama dengan STM pada masa akan datang.
Katanya, STM telah menyatakan komitmen untuk terus menyokong usaha-usaha negara membangunkan industri pertahanan tempatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |