Berita SemasaLuar Negara

Mayat Sayyed Hassan Nasrallah ditemukan

BEIRUT – Pihak berkuasa pergerakan Hizbollah mengesahkan telah menemukan mayat pemimpin utamanya, Sayyed Hassan Nasrallah yang maut dalam serang rejim Israel di sini.

Media antarabangsa melaporkan, mayat Sayyed Hassan telah ditemui pada Sabtu dan telah dikafankan untuk pengebumian.

Bagaimanapun masih tiada perincian mengenai bila dan di mana majlis pengebumian individu paling berkuasa di negara itu akan diadakan.

TV Al-Manar Hizbullah mula menyiarkan ayat-ayat Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah yang mengetuai pergerakan disokong Iran sejak tiga dekad lalu.

Hizbollah semalam turut mengesahkan kematian Komander Barisan Selatannya, Nabil Kauk maut dalam serangan udara Israel di kawasan pinggi bandar selatan Beirut.

Perkembangan terbaharu pula menyaksikan 105 terbunuh dan hampir 360 lagi cedera dalam bedilan bertali arus dalam tempoh 24 jam Israel ke Lubnan.

Bedilan termasuk ke Pelabuhan Hodeidah dengan menyasarkan infrastruktur utama termasuk stesen janakuasa.

Israel dalam kenyataannya turut mendedahkan siri serangan terbaharu yang dilancarkan ke Lembah Bekaa.

Sasaran termasuk daerah Hermel yang menyaksikan 33 orang terbunuh.

Lokasi lain termasuk sebuah pangsapuri di daerah Kola.

Kementerian Kesihatan Lubnan turut mengesahkan serangan dalam tempoh dua hari lalu telah mengakibatkan 14 anggota paramedik terbunuh.

 

Show More

Related Articles

Back to top button