Berita SemasaPM X

Ada keperluan wujudkan undang-undang khusus hadapi ancaman keganasan – PM

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan bagi mewujudkan undang-undang keselamatan yang khusus bagi menangani dan mencegah pelampau keganasan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, undang-undang berkaitan keganasan itu bukan bukan bertujuan menyekat hak dan kebebasan rakyat, namun ia adalah bagi mencegah sebarang elemen keganasan dari meluas di negara ini.

“Saya rasa ada keperluan mengenai akta keselamatan negara yang menjurus khusus kepada usaha menjamin keselamatan dalam negeri daripada unsur-unsur dan pengaruh luar.

“Saya serah kebijaksanaan polis dan tentera serta agensi penguatkuasaaan lain jika ada elemen yang perlu dimasukkan, belum cukup kuat dalam undang-undang negara,” katanya.

@malaysiatribune

Terdapat keperluan bagi Malaysia memiliki undang-undang keselamatan yang khusus menangani dan mencegah pelampau keganasan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. pmx malaysiatribune anwaribrahim

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah Dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Tambah Anwar, penguatkuasaan undang-undang itu semestinya akan disergah atau ditentang sesetengah pihak, namun keutamaan kerajaan pada waktu ini adalah soal keselamatan rakyat dan negara.

“Tiada agenda politik kepartian di sini kerana agendanya adalah hanya keselamatan negara,” tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun depan, bakal menerajui usaha lebih kukuh dalam kalangan negara anggota bagi menangani kumpulan pelampau dan keganasan.

Show More

Related Articles

Back to top button