Berita Semasa

3 maut, 5 cedera kemalangan 7 kenderaan di LPT

BENTONG – Tiga lelaki meninggal dunia dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kebakaran sebuah treler dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan pada jam 4:13 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian dan ketika usaha pemadaman dijalankan berlaku kemalangan di lorong bersebalahan.

“Lima kenderaan dilaporkan merempuh bahan binaan muatan treler yang terbakar itu kerana bertaburan di laluan bersebelahan.” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Difahamkan, treler terbabit dipercayai terbabas dan merempuh sebuah lori juga semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Kuantan.

Akibat rempuhan itu, pemandu dan kelindan lori terbabit terbunuh.

Kemalangan itu menyebabkan muatan treler terbabit bertaburan di laluan bersebelahan dan dirempuh empat kereta dan sebuah lori dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur menyebabkan seorang terbunuh serta lima tercedera.

Mayat semua mangsa terbunuh dalam nahas itu dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.

Semua mangsa tercedera turut dihantar ke hospital sama.

Identiti semua mangsa terbunuh belum diperolehi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button