Berita Semasa

PAS ucap takziah di atas pemergian Hassan Nasrallah

KUALA LUMPUR – PAS merakamkan ucapan takziah atas pemergian Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam pengeboman Israel ke atas Beirut, Lubnan malam semalam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semoga Allah mengurniakan ganjaran syahid
kepada Allahyarham.

“Didoakan agar diterima syahidnya yang tinggi, mendapat syafaat yang besar kepada ahli keluarga, kaum kerabat, saudara dan rakan-rakannya.

“Kami mendoakan semoga Allah mengurniakan Sayyid Hassan Nasrallah sebagai seorang yang syahid, dan ditempatkan bersama para syuhada yang cahayanya kekal abadi menuju jalan-jalan keimanan dengan mengikut jejak langkah para anbiya dan penghulu syuhada.

“Semoga Almarhum juga mencapai keutamaan jihad yang terbaik, melawan musuh yang dimurkai-Nya, pembunuh nabi-nabi, dan orang-orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman.

“Kami yakin bahawa dia dari pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit, maka jihad tidak akan berhenti dengan kesyahidannya, kerana tentera-tentera yang kuat akan mengikut jejak langkahnya, tumbuh daripadanya yang menjadi pelita yang menerangi jalan kemenangan.

“Kita berdoa kepada Tuhan agar Almarhum mendapat ganjaran syuhada sebagai kemenangan yang besar.
Maka dari Allah kita datang, kepada Allah kita Kembali,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Majma Taqrib Mazhab Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button