Berita Semasa

Shan Gopal pangku jawatan Ketua Polis Daerah Sepang

SEPANG – Superintenden Shan Gopal Krishnan telah dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, berkuat kuasa pada Jumaat, menggantikan Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Gambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan .

Hussein memuji kepimpinan Wan Kamarul Azran selama empat tahun beliau menerajui IPD Sepang, yang telah membawa perubahan positif kepada daerah itu.

“Tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah bukan tugas yang mudah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran situasi semasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memeriksa kawalan kehormat

“Namun, semangat yang ditunjukkan oleh Wan Kamarul Azran membuktikan komitmen beliau dalam memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut berharap agar Ketua Polis Daerah yang bakal dilantik nanti akan meneruskan kerjasama erat dengan warga IPD Sepang serta agensi-agensi berkaitan.

“Sementara menanti pelantikan Ketua Polis Daerah yang baharu, saya yakin Superintenden Shan Gopal mampu memikul tanggungjawab ini dengan baik berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya.

“Saya berharap warga IPD Sepang terus bersatu dan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

di kiri, Tuan Shan Gopal Krisnan

Pelantikan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kesinambungan kepimpinan yang cekap di IPD Sepang, selari dengan komitmen PDRM untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button