Berita Semasa

Geespace, Altel tandatangani perjanjian usaha sama

BEIJING – Syarikat teknologi satelit Geespace menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat telekomunikasi Altel bagi menubuhkan pusat kajian dan penyelidikan, serta pusat kecemerlangan pertama di Malaysia dalam bidang telekomunikasi satelit.

Perjanjian usaha sama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Teknologi Geespace, Edison Ding dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel, Mohamad Helmi Harith dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, penubuhan pusat itu mampu membantu usaha kerajaan yang berhasrat untuk meluaskan penggunaan teknologi “direct-to-cell” menerusi satelit orbit rendah (LEO).

“Pusat berkenaan yang bakal dibangunkan oleh Geespace dan Altel boleh menjadi platform untuk lebih banyak kajian dijalankan bagi melihat kesesuaian penggunaan teknologi itu,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Fahmi kini dalam rangka kerja ke China selama tiga hari bermula kelmarin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button