Jenayah & Mahkamah

Buruh paksa: Polis buka 10 kertas siasatan di bawah ATIPSOM terhadap GISBH

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 10 kertas siasatan di bawah Seksyen 12 Αkta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 berhubung isu buruh paksa melibatkan syarikat Global Ikhwan Services dan Business Holdings (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, siasatan itu dilakukan
hasil laporan polis yang diterima daripada beberapa individu yang pernah bekerja dengan syarikat itu.

“Dalam perkembangan lain, PDRM juga sedang menjalankan siasatan ke atas maklumat yang dimuat naik melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) yang mendakwa wujudnya pusat kuarantin GISBH di beberapa lokasi di dalam dan luar negara.

“Pusat kuarantin ini dipercayai merupakan tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli-ahli GISBH yang bermasalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, PDRM juga sedang giat mengesan aset-aset yang dikaitkan atau dimiliki oleh GISBH bagi membantu siasatan.

“Berhubung dengan kenyataan media bertarikh 25 September 2024 yang menyatakan bahawa “GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan”, adalah diperjelaskan bahawa ia merujuk kepada tahun taksiran terkini yang sedang disiasat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kerjasama PDRM.

“Siasatan ini memfokuskan kepada beberapa syarikat di bawah GISBH yang dipercayai gagal mematuhi beberapa peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button