Politik

BN menang besar di Mahkota dengan majoriti 20,648 undi

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor dengan 27,995 undi.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, calon BN itu menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi.

“Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 53.84 peratus

“Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRK itu boleh layari https://dashboard.spr.gov.my/,” katanya.

Untuk rekod, seramai 66,318 pengundi layak untuk mengundi dalam PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam saingan empat penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan berdasarkan lima pilihan raya yang berlangsung sejak itu menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN.

Show More

Related Articles

Back to top button